Padah sambut ‘hari lahir’, 4 dikompaun berjumlah RM16,000

Padah sambut ‘hari lahir’, 4 dikompaun berjumlah RM16,000

Biarpun sudah banyak laporan akhbar mengenai individu yang dikenakan kompaun kerana melakukan aktiviti berkumpulan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih lagi ada yang berdegil membuat aktiviti tersebut.

Semalam, empat individu termasuk seorang wanita dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana ingkar SOP dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu serbuan dijalankan sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan.

Katanya, kesemua mereka yang berusia 26 hingga 31 tahun mengaku berkumpul untuk berhibur menyambut hari jadi salah seorang daripada mereka.

“Mereka telah dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang mengikut kesalahan di bawah peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/07/hadiah-hari-lahir-empat-dikompaun-rm16000/