Padah parking salah, gadis buat ukiran ‘no parking’ di badan kereta

Padah parking salah gadis buat ukiran no parking di badan kereta

Padah parking salah, gadis buat ukiran ‘no parking’ di badan kereta. SEORANG wanita naik minyak apabila jiran mencalarkan kereta teman lelakinya untuk membuat tulisan notis “no parking”.

Wanita bernama Mollie itu meninggalkan keretanya di ruang parkir di luar apartment pasangannya di Canberra, Australia.

Namun begitu, apabila dia pulang semula ke keretanya pada pukul 7 petang, dia mendapati keretanya telah dirosakkan.

Walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi slot parkir itu dipercayai merupakan ‘milik’ seorang penghuni apartment itu.

“Kalau betul saya letak kereta di situ terlampau lama atau di tempat yang salah, saya tak percaya ia memberikan justifikasi untuk kereta saya dicalarkan sebegitu,” kata Mollie.

Padah parking salah gadis buat ukiran'no parking' di badan kereta

Menurut Mollie, dia sudah meletakkan kenderaannya di situ selama lima sehingga enam bulan tanpa ada apa-apa isu.

Ini adalah kali pertama dia telah diberikan amaran yang sangat keras.

BACA:

Terkejut penarik beca ini tengok dalam akaun bank ada berjuta-juta duit

Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan ‘team’

Isu tuala wanita: Dr Zaliha perjelas isu sebenar

CATEGORIES