Padah jumpa kawan pakai gelang pink, 3 jururawat kena kompaun

Oleh MHDAILY

Tiga orang jururawat dikompaun RM4,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tiga jururawat yang bertugas di sebuah hospital swasta berusia antara 34 hingga 45 tahun itu dikesan melanggar SOP dengan menyerahkan sumbangan kepada rakan mereka yang dikenakan pemakaian gelang merah jambu.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka telah berkunjung ke rumah salah seorang rakan yang juga seorang jururawat yang dikenakan perintah kuarantin sebelum memuat naik ke akaun Facebook sehingga menjadi tular.

Baca Artikel Penuh