PAC dedah hutang negara dah capai RM100 billion

PAC dedah hutang negara dah capai RM100 billion

PAC dedah hutang negara dah capai RM100 billion. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bimbang dengan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2021 yang hampir RM100 bilion.

Bagi tahun tersebut, hutang negara dilaporkan sebanyak RM979.814 iaitu 63.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM879.560 bilion pada 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata peningkatan itu menyebabkan liabiliti keseluruhan kerajaan 2021 kini berjumlah RM1.298 trilion iaitu 84 peratus daripada KDNK negara.

Beliau berkata demikian pada dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas beliau, perkara itu didedahkan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid ketika taklimat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2021 kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, di Dewan Rakyat, hari ini.

PAC dedah hutang negara dah capai RM100 billion

Tegas Kah Woh, walaupun penyata kewangan telah diberikan Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran, namun terdapat perkara-perkara ditegaskan oleh Ketua Audit Negara yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.

Antara penegasan itu termasuk bayaran balik pinjaman matang menggunakan pinjaman baharu, pengurangan peratusan perbelanjaan pembangunan, peningkatan hutang Persekutuan dan pengiktirafan berbeza dengan prinsip pengiktirafan hasil asas tunai ubah suai.

Mengulas mengenai agihan terimaan pinjaman kasar RM217.201 bilion, Kah Woh berkata, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM217.201 bilion pada 2021, yang mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11.6 peratus daripada RM194.55 bilion pada 2020.

“Sebanyak 52.4 peratus atau RM113.764 bilion digunakan untuk bayaran prinsipal pinjaman matang.

“Sementara pinjaman kasar yang dipindah ke kumpulan Wang Pembangunan adalah sebanyak RM62.317 bilion, bersamaan 28.7 peratus daripada jumlah pinjaman. Manakala pindahan ke Kumpulan Wang Covid adalah sebanyak RM38 bilion atau 17.5 peratus,” katanya lagi.

Bagi peratusan perbelanjaan pembangunan pula, Kah Woh berkata, daripada jumlah RM62.317 bilion yang dipindah ke Kumpulan Wang Pembangunan, hanya RM40.994 bilion digunakan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan, berbanding RM37.530 pada 2020.

Manakala sejumlah RM12.612 bilion digunakan untuk tujuan menanggung liabiliti inisiatif kewangan swasta dan komitmen jaminan serta RM8.711 bilion digunakan untuk tujuan pengelasan belanja mengurus kepada pembangunan.

Kah Woh berkata, berhubung isu pembayaran faedah pinjaman, sebanyak 16.3 peratus daripada kutipan hasil digunakan untuk tujuan tersebut.

“Maksudnya RM1 hasil yang dikutip, maka 16 sen adalah digunakan untuk bayaran faedah pinjaman,” jelas beliau.

Katanya, PAC akan terus komited memainkan peranan semak imbang terhadap cabang eksekutif dalam pengurusan kewawangan dan perolehan bagi memastikan ia mematuhi prosedur serta tatacara yang ditetapkan seperti yang diperuntukkan dalam sistem demokrasi raja berpelembagaan di negara ini.

BACA:

Orang ramai sayu tengok lelaki berjubah konvensyen ziarah kubur isteri

Pengurus Noh Hujan kata artis itu ludah ke pentas, bukan penonton

Muat naik kandungan lucah, pelakon paling popular Malaysia didakwa di mahkamah

CATEGORIES