‘P. Ramlee’ nyanyi lagu “Alahai kacang ketot” buat orang ramai terpegun

P Ramlee nyanyi lagu Alahai kacang ketot buat orang ramai terpegun

‘P. Ramlee’ nyanyi lagu “Alahai kacang ketot” buat orang ramai terpegun. “Alahai kacang ketot, bilanglah satu-satu, tidoqlah adik tidoq, takutlah burung hantu”.

Sebelum ini, lagu berkenaan pernah tular di TikTok menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan sedang mendodoikan adiknya tidur. Namun siapa sangka bagi seorang lelaki ini, dia menjadi perhatian setelah mengubah iramanya persis muzik Tan Sri P. Ramlee.

Alahai kacang ketot, bilanglah satu-satu

Di akaun TikTok milik bamlie890, seorang ayah terlihat mendukung anaknya pada bahagian depan badan sampai menyanyikan lagu trending berkenaan.

Langsung tidak kedengaran seperti dibuat-buat, alunan suaranya sangat menyerupai nyanyian seniman terkenal itu. Walaupun ia hanyalah versi pendek, pun begitu rakaman berkenaan berjaya meraih sehingga 700,000 jumlah tontonan.

P Ramlee nyanyi lagu Alahai kacang ketot buat orang ramai terpegun'P. Ramlee' nyanyi lagu "Alahai kacang ketot" buat orang ramai terpegun

@bamlie890 ‼️Merdu suara P.Ramlee @laguvideoradhi tidorkan anak❤️ #versipramlee #radhipersispramlee ♬ Alahai si kacang ketot versi P. Ramlee – Bamlie Officials✅

Cover lagu ‘Tiara’ versi P. Ramlee santai-santai dalam kereta

Tidak ketinggalan, satu lagi video ketika dia cover lagu ‘Tiara’ di dalam kereta juga menarik perhatian ramai. Menggunakan teknik suara daripada hidung, lenggok nyanyian itu tidak dinafikan 99% benar-benar sama seolah kita sedang melihat Allahyarham P. Ramlee membuat persembahan depan mata.

Ingatkan miming, memang sebijik

Menerusi ruangan komen, netizen sangat kagum dengan persamaan suara lelaki itu dengan Tan Sri P. Ramlee. Disangkakan miming walhal sedang menyanyi secara live, ramai yang tak berhenti memberinya pujian melambung.

” die mmg peminat arwah Tan Sri P Ramlee sejak kecik lg”

” kenapa sebelum ni brader ni tk muncul2..fuhh sebijik p ramlee”

” new sound unlock”

” sebijik suara p.ramlee masa muda.. mngkin inilah anugerah allah sebagai hadiah utk peminat seniman negara yg merindukan beliau..”

 

BACA:

Cara sebenar nak tuntut ASB si mati jika orang tersayang dah meninggal dunia

Hanya 3 minit cara buat susu pekat manis sendiri, mudah sangat!

Bayar RM950 hanya untuk cuci kereta, wanita geram dengan suami

CATEGORIES