‘Orang tak disangka datang bantu’, pemilik MPV ni belajar sesuatu selepas kereta rosak tepi jalan

Orang tak disangka datang bantu pemilik MPV ni belajar sesuatu selepas kereta rosak tepi jalan

‘Orang tak disangka datang bantu’, pemilik MPV ni belajar sesuatu selepas kereta rosak tepi jalan. PEPATAH ada menyatakan, ketika dalam kesusahan kita akan dapat mengenali siapa itu kawan dan siapa itu lawan.

Seseorang itu mungkin tidak menarik dipandang penampilannya, tetapi harus diingat suatu hari nanti mungkin mereka yang akan menolong kita dalam kesusahan.

Begitulah situasi dialami seorang lelaki yang keretanya rosak di tengah kesibukan lalu lintas sekali gus mengganggu aliran trafik dipercayai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam video yang dikongsi, lelaki tersebut menceritakan bagaimana dia mengerah keringat menolak kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria miliknya secara bersendirian selama 20 minit.

Orang tak disangka datang bantu pemilik MPV ni belajar sesuatu selepas kereta rosak tepi jalan'Orang tak disangka datang bantu', pemilik MPV ni belajar sesuatu selepas kereta rosak tepi jalan

Namun, apa yang membuatkan dia kagum adalah, insan yang sudi menawarkan bantuan untuk mengalihkan kereta ke bahu jalan selepas itu merupakan warga asing dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Ini kereta saya rosak dekat tepi jalan, bila nak tolak kereta ni, satu orang pun tak ada nak tolong, semua hanya lalu je.

“Korang nak tahu tak siapa yang tolong saya? Orang yang naik kereta buruk, orang yang susah, warga asing yang tolong saya,” katanya sambil ketawa sendiri.

Dalam video itu juga, dapat dilihat pakaiannya basah kuyup akibat bermandi hujan dan peluh.

Menerusi ruangan komen, netizen berkongsi bagaimana mereka yang pernah berdepan kesusahan akan mempunyai empati untuk membantu orang lain yang mengalami nasib sama.

Orang kereta buruk memahami sebab selalu mengalami…
NETIZEN

Selain itu, ada juga yang mengaku pernah berada dalam situasi sama dan akhirnya pemandu lori yang sudi membantu menghentikan pergerakan trafik agar keretanya tidak dilanggar.

“Sebab mereka pernah rasa susah sebab itu mereka tolong… Semoga dapat kereta baru. Amin.

“Orang kereta besar tolong bang, tolong hon… Orang kereta buruk memahami sebab selalu mengalami… pernah abang motor tolak kereta dalam hujan lebat… terima kasih abang motor.

“Saya dulu habis minyak kereta, orang kampung naik motor yang datang tolak kereta,” kata netizen.

BACA:

Rupanya 5 artis Malaysia ni pernah jadi pensyarah

Gadis ni selamba bogel ketika game bola, “semua pemain jadi tak fokus”

Laman web pamer individu terima ‘Datuk’ palsu terbongkar

CATEGORIES