Orang ramai sayu lihat bayi 19 hari disahkan positif Covid-19

Orang ramai sayu lihat bayi 19 hari disahkan positif Covid-19. Luluh hati orang ramai apabila melihat sebuah klip video yang dikongsi oleh seorang ‘frontliner’ yang terpaksa membawa seorang wanita bersama bayinya ke sebuah pusat kuarantin selepas kedua-duanya positif Covid-19.

Lebih menyayat hati, bayi itu baharu sahaja berusia 19 hari, namun kedua-duanya telah disahkan positif Covid-19.

Klip video berdurasi satu minit lima saat itu telah dikongsi di laman TikTok seorang pengguna yang dikenali sebagai @azrulindahouse1.

Menerusi video itu juga, kelihatan beberapa orang ahli keluarga mangsa turut sebak sebaik sahaja ambulans yang tiba di pekarangan rumah mangsa.

Menurut frontliner yang juga pemandu ambulans, kejadian itu adalah satu sejarah sepanjang dia bertugas sebagai petugas kesihatan untuk membawa pesakit positif Covid-19 ke pusat kuarantin.

“Aku dapat kes pesakit paling muda, bayi berumur 19 hari dan ibunya belum sampai 30 hari pun berpantang bersalin. Kedua-duanya didapati positif Covid-19.

“Sedih, rasa menusuk ke kalbu dan menikam hati, melihat bayi sekecil ini dan ibunya di duga sebegini. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan kepada ibu dan bayinya semula,” tulisnya pada klip video tersebut.

Susulan kejadian itu, rata-rata orang ramai turut berkongsi perasaan hiba yang dialami wanita dan bayi itu dan pada masa sama mereka mendoakan agar kedua-duanya cepat sembuh.

“Semoga dipermudahkan urusan ibu n anak, juga kepada frontliners, semoga mereka diberi kesihatan yang baik, bertahanlah,” tulis Lilik Aqua.

Turut menitipkan doa pada ruangan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Zack Kiflie

“Allaahuakbar, mengalir air mata melihat anak kecil yang tak berdosa ini. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ibu dan anak ini serta seluruh muslimin dan muslimat.

“Kau jauhkan penyakit yang berbahaya ini kepada kami. Amiin,” doanya.

Pada masa sama, ada juga pengguna yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 turut berkongsi pengalaman di ruangan komen.

“Sebagai bekas pesakit covid saya faham perasaan orang yang positif Covid, semoga tabah hadapi ujian dari Allah.

“Semoga cepat sembuh,kesihannya kat ibu berpantang dan baby, Allah uji,” ujarnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/14/luluh-hati-bawa-pesakit-termuda-bayi-19-hari/

BACA JUGA : Doktor Pakar ini dedah sikap KKM yang menyebabkan Covid-19 tak terkawal