Orang ramai kecam PM pakai baju tak ‘proper’ ketika majlis formal. Sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan rakan sejawat di Singapura iaitu Lee Hsein Loong.
Pertemuan secara ‘face to face’ itu telah mendapat perhatian netizen, bukan kerana atas dasar kerja, namun pakaian yang dikenakan oleh Ismail Sabri ketika itu.
Netizen berpendapat ‘design’ baju seakan-akan kulit lembu itu sama sekali tidak sesuai untuk dipakai sewaktu menghadiri pertemuan formal seperti sedemikian dan lebih baik jika memakai baju batik.
Tidak habis disitu saja, harga pakaian jenama Burberry turut dipersoalkan kerana netizen merasakan harga baju yang mencecah RM5000 itu tersangatlah mahal serta berlebihan, lagi-lagi ‘design’ nya seperti itu.
Dalam pada itu, sempat juga netizen mengaitkan pereka fesyen, Jovian yang juga merupakan menantunya untuk berhenti jadi perunding fesyen kerana pakaian yang dipakai oleh bapa mentuanya itu boleh memalukan imej negara.
baca:
Wanita redha adik kandung sendiri kahwin bekas suaminya
Tak sekolah, Suhaimi Saad memang tak nak anak ada degree, master dan PhD
Bakal menantu dah ‘offer’ hantaran RM20K, sekali ayah mentua minta diskaun pula