Orang ramai kecam perkahwinan pasangan remaja sekolah menengah

Oleh MHDAILY

Orang ramai kecam perkahwinan pasangan remaja sekolah menengah. Penduduk di Wajo, Sulawesi Selatan kecoh dengan penularan sebuah video yang menunjukkan sepasang remaja lelaki dan perempuan melangsungkan perkahwinan.

Menurut sumber, pasangan remaja itu masih belajar di sekolah menengah.

Video perkahwinan Nikma Sari Saskia, 16 dan Muh Ferdi, 15, mula tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Keterangan video itu menyatakan pasangan remaja berkenaan merupakan pengantin termuda di Indonesia, malah paling tular pada tahun ini.

Seorang daripada sahabat pengantin perempuan, Muhammad Aris mengesahkan perkahwinan tersebut sudah berlangsung dan pasangan pengantin itu masih belajar di sekolah menengah.

“Nikma berada di Kelas Tiga, manakala Ferdi pula Kelas Dua,” katanya kepada media seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Orang ramai kecam perkahwinan pasangan remaja sekolah menengah

Orang ramai kecam perkahwinan pasangan remaja sekolah menengah

Menurut Aris, sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan, pasangan remaja itu sudah dijodohkan oleh ibu bapa mereka.

Hal ini kerana, pasangan remaja berkenaan mempunyai pertalian keluarga dan mereka mahu mengukuhkan perhubungan tersebut.

“Mereka sudah dijodohkan, satu kampung juga tahu mereka ada pertalian darah,” ujarnya.

Dalam pada itu, video tersebut mendapat reaksi masyarakat yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur.

Kebanyakannya menggesa supaya remaja itu menghabiskan pelajaran dan mencari pekerjaan sebelum menempuh alam perkahwinan.

Malah, ada yang beranggapan mereka hanya digunakan oleh keluarga masing-masing demi kepentingan sendiri.

BACA:

Orang ramai kecam PM pakai baju tak ‘proper’ ketika majlis formal

Tak sampai sebulan, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini hadiah dari Wawa, “kereta sewa kot..”

“Player” utama ayam di Malaysia semuanya Cina, pemuda ini tampil jelaskan