Orang gaji RM140 ribu sebulan dedah apa dia buat dengan duit banyak sebegitu…

Oleh MHDAILY

Orang gaji RM140 ribu sebulan dedah apa dia buat dengan duit banyak sebegitu. Sesekali dapat sembang dengan orang yang bergaji RM140,000 sebulan, saya tanya dia, dia buat apa dengan duit banyak begitu?

Dia jawab,

Sesudah semua hutang selesai (kecuali rumah), buat haji untuk diri, isteri dan ibu bapa, maka:

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

50% kebajikan = RM70,000.
20% saving = RM28,000.
10% perbelanjaan bulanan = RM14,000.
10% hutang rumah = RM14,000.
5% investment emas = RM7,000
5% belanja sendiri =RM7,000

(Ini kiraan kasar saya sahaja lepas dengar beliau beritahu. Boleh jadi ada tolak KWSP semua).

Saya tanya lagi, “biar benar 50% tu kebajikan. Maksudnya bagi duit ke orang? Mak aih banyaknya.”

May be an image of money

Dia jawab,“ Sikit ja tu dari apa yang Allah dah beri kepada saya sekarang. Masa saya muda saya sibuk kerja. Nak sedekah kat masjid pun hari jumaat sahaja. Skrg ada duit, bg jelah. Duit tak habis pun. Lagi pun duit boleh cari dan habis. Pahala pula kekal jika kita tak buat jahat.

Saya masih boleh menyimpan, boleh travel, boleh belanja cucu, itu pun duit masih ada. Alhamdulillah.
Ingat ini Khairul, masa gaji kita RM1,000, kita rasa kecil sangat. Belajar beri RM100 untuk kebajikan..

Masa gaji kita RM3,000, beri RM300. Mula ja dengan 10% dari gaji. Setiap 10 tahun umur kita meningkat, tambah lagi 5-10% untuk disalur ke badan kebajikan.

Lepas itu tengoklah melimpah ruah kekayaan Allah beri. Sihat, anak cucu pun selalu ziarah, lebih dari itu bersepah rezeki lain yang mencurah-curah. Cuba buat, cuba mula hari ini. Jangan culas.”

Huhu… Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain macam betul orang-orang kaya punya “pelaburan” untuk ke sana.

Kita hanya nampak mereka pakai kot, berkereta mewah, namun kita tak pernah tahu disebalik semua itu ada “kerja” yang mereka usahakan.
Patutlah makin kaya, ini resipinya..

Huhu Begitulah.

BACA JUGA : Tular murid nak panggil cikgu sebagai ‘abang’, ingatkan nak try rupanya…

Ketam merah mampu membesar hingga 6 kaki kini jadi ketakutan nelayan

Tudung senget, baju kotor tak terurus, bila jumpa si bapa terbongkar segalanya