Oh, ini rupanya fungsi butang ‘shift lock’ pada gear kereta transmisi auto

Oleh MHDAILY

Oh, ini rupanya fungsi butang ‘shift lock’ pada gear kereta transmisi auto. Baru tahu… Butang “SHIFT LOCK” pada gear kereta auto fungsinya membolehkan kereta auto ditolak waktu bateri lemah/kong utk recharge semula

Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button ‘shift lock’ pada gear kereta.

Tapi percayalah walaupun korang memandu kereta auto, belum tentu korang tahu apa fungsi button tu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Oh, ini rupanya fungsi butang 'shift lock' pada gear kereta transmisi auto

Button shift lock ya dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu.

 

Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.

Aku bagi tips mudah utk kitak org.

1. Matikan enjin kereta ketika gear P

2. Cabut kunci kereta

3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke dan ubah ke N

4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock yaa.

5. Lepaskan break tangan dan biarkan free.

Baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.

Kredit : Hamidi Garage

BAcA: 

Golongan belia paling ramai muflis cecah 200,000 orang! Pemuda ini kongsi tips macam mana selesaikan masalah ini

Disebalik senyuman manis rupa-rupanya ada cerita perit Raja Permaisuri Agong simpan, ini ceritanya