Objek iras Spageti ditemui di Marikh – NASA

Oleh MHDAILY

Objek iras Spageti ditemui di Marikh – NASA. National Aeronautics and Space Administration (NASA) mendakwa pihaknya temui satu objek pelik seperti spageti di planet Marikh, lapor Daily Star.

Penemuan itu merupakan hasil tangkapan gambar oleh seorang penjelajah NASA sewaktu melakukan rondaan di planet merah berkenaan.

Sepanjang penyelidikan, gambar berkenaan merupakan yang paling pelik dan sukar untuk dijelaskan dan ia dihantar melalui kaedah “percy”.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Berdasarkan gambar, objek itu kelihatan kusut seperti spageti angkasa menerusi salah satu kamera pengesan bahaya. Penemuan objek itu jelas mencetuskan spekulasi dan tanda tanya besar.

Bagaimanapun, pakar NASA juga berpendapat objek itu berkemungkinan barang buatan manusia.

Objek iras Spageti ditemui di Marikh - NASA

Menurut Jurucakap NASA, JPL Andrew Good menjelaskan kepada CNET, “Spageti angkasa itu mungkin berasal dari bahan milik pendarat lain (angkasawan).

“Objek itu mungkin dihanyutkan sejauh dua kilometer selepas berlaku nahas kejadian atau ditiup angin,” jelas NASA secara berkemungkinan, memetik Daily Star.

Dalam masa sama, rakan sejawatnya dalam Perseverance, Curiosity juga telah merakam beberapa detik menakjubkan di Marikh.

Sementara itu, ahli teori konspirasi pula mendakwa mereka melihat keranda, tulang paha dan Bigfoot melalui imej yang dihantar oleh teknologi NASA berkenaan.

“Marikh sememangnya mampu untuk mengekalkan bentuk kehidupan eksotik.

“Melalui semua gambar yang dikeluarkan oleh NASA, kami mengungkapkan bahawa kehidupan di planet Marikh wujud,” kata YouTubers Paranormal, Crucible selepas penemuan itu.

Umumnya, seperti yang dimaklumkan NASA menerusi Daily Star, penemuan spageti angkasa itu bukanlah kali pertama direkodkan oleh agensi angkasa tersebut.

Terdahulu, Rover (kamera NASA) pernah menghantar sekeping gambar batu pada 13 Jun lalu. Apa yang peliknya, terdapat objek yang melekat pada batu tersebut seperti sebuah besi berbentuk segi empat dengan diliputi titik-titik misteri.

Jelas pengendalinya, Andrew, objek besi itu hampir pasti dikenali sebagai selimut haba dan yang masih tidak jelas lagi adalah ia merupakan bahagian daripada milik kapal angkasa.

“Pasukan saya telah melihat sesuatu yang tidak diduga. Mereka mempercayai bahawa selimut haba itu berasal dari generasi sebelum ini,” tulis pasukan Rover itu di Twitter, memetik Daily Star.

Sehubungan itu, objek tersebut telah menjadi tanda tanya para saintis NASA tentang dan bagaimana ia boleh datang (ketika itu).

BACA:

‘P. Ramlee’ nyanyi lagu “Alahai kacang ketot” buat orang ramai terpegun

Orang ramai terkejut tahu latar belakang pemuda Kelantan hina islam

Cara sebenar nak tuntut ASB si mati jika orang tersayang dah meninggal dunia