NPRA perlu percepat kelulusan vaksin lain untuk percepat imuniti kelompok, kata PH

Oleh MHDAILY

Majlis Presiden Pakatan Harapan amat risau dengan peningkatan mendadak kes-kes positif COVID-19 di hampir setiap negeri dalam negara kita yang kini mencecah lebih 7,000 kes tiga hari berturut-turut, di samping jumlah katil ICU yang semakin tidak mencukupi untuk menghadapi kes-kes kritikal.

Kami juga amat sedih menerima berita bahawa kadar kematian sangat tinggi setiap hari, terutama tiga hari terakhir yang mencatatkan kematian lebih 60 orang setiap hari. Majlis Presiden mengutuskan ucapan takziah buat semua keluarga yang telah kehilangan orang tersayang akibat wabak COVID-19 ini.

Kes harian COVID-19 yang melonjak sejak Darurat diisytiharkan dan Parlimen ditutup jelas menunjukkan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional untuk menangani COVID-19 dengan sendirinya. “Lockdown” kendiri politik ini sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional yang kehilangan majoriti Parlimen.

Baca Artikel Penuh