Nora sedih tak dapat khatam al-Quran tahun ini, jelas keadaan sebenarnya sekarang

Oleh MHDAILY

Nora sedih tak dapat khatam al-Quran tahun ini, jelas keadaan sebenarnya sekarang.Kejayaan pelakon Nora Danish khatam al-Quran pada 10 malam terakhir Ramadan, tahun lalu menyentuh hati ramai pihak.

Bagaimanapun, pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada 2005 itu berkata, dia tidak berkesempatan melakukan perkara sama pada Ramadan kali ini.

“Saya agak kelam-kabut, tahun ini. Dalam laman sosial pun orang ramai boleh nampak saya tidak banyak berkongsi berikutan saya baru pindah rumah.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Apabila berpindah, fahamlah banyak perkara harus dilakukan. Jadi, saya agak terkilan sibuk sepanjang hari, Ramadan kali ini.

“Namun, tak mengapa, saya berdoa agar diberikan kesempatan bertemu lagi Ramadan akan datang. Saya akan fokus lebih pada ibadah dan mengaji al-Quran,” katanya kepada BH Online.

Nora ditemui sidang media drama Puteri Reunion secara virtual, baru-baru ini.

Mengulas kecaman diterima berikutan video berpelukan bersama pelakon lelaki drama Puteri Reunion yang dikongsi di laman sosial, Nora berkata, aksinya memeluk Beego dan Aziz tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana kedua-dua pelakon itu sudah seperti keluarga sendiri.

“Untuk perkara berkaitan penggambaran drama Puteri Reunion, orang ramai sedia tahu bahawa kami lebih 15 tahun tidak berjumpa. Jadi, apabila bertemu, saya menghargai setiap momen kerana sangat merindui ‘shooting’ bersama.

Nora sedih tak dapat khatam al-Quran tahun ini, jelas keadaan sebenarnya sekarang

“Beego seperti abang, manakala Aziz pula seperti bapa. Jadi apabila berjumpa, kami tiada nafsu, yang ada hanyalah rasa sayang daripada hubungan kekeluargaan.

“Saya peluk pun dengan kasih sayang. Jika mereka melihat gambar berkenaan merasakan ada nafsu, merekalah yang bernafsu sebenarnya,” katanya.
.
Justeru, Nora berkata, dia lebih selesa tidak mengambil peduli kata-kata negatif diberikan netizen terutama individu yang tidak mengenalinya secara peribadi.

“Saya tak pentingkan kata-kata netizen. Lebih penting, apa yang saya rasakan dalam hati dan kami mahu kongsi dengan orang yang memahami sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Nora menjelaskan sudah mempersiapkan diri sebelum berkongsi apa sahaja dalam laman sosial.

“Saya tidak layan kecaman daripada netizen tidak mengenali kita semua. Apa sahaja yang saya buat dan kongsi dalam media sosial bermakna saya sudah bersedia menerima komen.

“Ada juga benda saya terlepas pandang, tetapi kalau saya diberikan nasihat oleh suami, ibu dan rakan yang dikenali, saya akan ambil peduli serta buat apa yang patut,” katanya.

Terdahulu, video Nora berpelukan bersama Beego dan Aziz dimuat naik dalam Instagram meraih perhatian netizen.
TONTON:

BACA:

Lelaki ini dedah petrol RON97 lebih jauh perjalanan boleh pergi, siap bagi tips kaedah guna

Pengeluaran KWPS khas: Kategori ini akan terima bayaran selepas raya

Unsur LGBT dalam video, Menteri Agama mahu jumpa Aliff Syukri