No plat ‘BRA’ tetap diteruskan walaupun kedengaran agak seksis

Oleh MHDAILY

No plat ‘BRA’ tetap diteruskan walaupun kedengaran agak seksis. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka meneruskan bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan siri BRA walaupun gabungan bunyi tiga huruf itu berbaur seksis.

Sumber JPJ memberitahu, setakat ini, tidak ada sekatan terhadap penggunaan siri plat pendaftaran kenderaan darat dengan huruf tertentu.

“Insya-Allah, huruf tersebut tetap diteruskan apabila tiba masa selepas siri BQY tamat sekitar April depan,” kata sumber agensi berkenaan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Baca Artikel Penuh