Nissan X-Trail terpacak atas bangunan buat orang ramai terkedu

Oleh MHDAILY

Nissan X-Trail terpacak atas bangunan buat orang ramai terkedu. Tular sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan-xtrail di atas sebuah bangunan kecil mengundang tanda tanya orang ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial @klchin96, dia sempat merakam kejadian itu kerana terpegun ketika melalui Jalan Segambut di Kuala Lumpur.

Difahamkan, kenderaan terbabit sebenarnya diletakkan di atas pintu masuk sebuah kilang kereta hanya sebagai simbolik bagi menarik perhatian.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Bagaimanapun, rata-rata orang ramai tetap bingung memikirkan bagaimana kenderaan itu diletakkan dengan sempurna meskipun memiliki ruang yang terhad.

β€œMacam mana kereta itu boleh berada atas bangunan itu? terbang ke? atau ada jalan naik? pening kepala bila fikir,” kata Fatihah.

Nissan X-Trail terpacak atas bangunan buat orang ramai terkedu

β€œApa yang berlaku sebenarnya ini? Ini edit atau betul-betul? kalau betul macam mana kereta itu boleh naik sampai situ,” ujar Mohd. Faizani.

Dalam pada itu, terdapat juga pihak tampil menjelaskan bahawa kenderaan itu sudah lama diletakkan di atas bangunan terbabit.

β€œIni syarikat tempat kerja saya, Tan Chong Motor dekat Segambut, kereta itu kosong dan hanya untuk tujuan pameran sahaja,” kata Suko.

BACA:

β€œPower gila skill brother ni!” – Pemandu Lori dipuji berjaya elak kemalangan

Nabila Razali nikah dalam diam? Gambar ini jadi bukti

Lizzy akhirnya dedah penyakit β€˜alocepia’ yang dialaminya