Nini Siron ucap syukur, akhirnya kebenaran tersingkap

Oleh MHDAILY

Nini Siron ucap syukur, akhirnya kebenaran tersingkap. Setelah lebih 40 hari, segalanya telah terjawab. Menurut beberapa laporan di media sosial tentang kes langgar SOP MB KEDAH, akhirnya arahan untuk kompaun telah dikeluarkan.

Untuk pihak polis, sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kerana memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa undang-undang adalah harapan kami.

Saya semata-mata melakukan apa yang saya rasakan perlu sebagai rakyat biasa.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Banyak pihak telah menuduh saya membuat fitnah. Mereka melabel saya sebagai RBA, menggelar saya sebagai anjing parti politik tertentu, mencela dengan kata-kata lucah dan jijik, mengaibkan saya, memaki hamun suami serta adik kakak saya.

Sebagai orang besar, mereka lantang menyindir saya. Saya diserang secara peribadi juga. Hebat! Tidakkah mereka rasa berdosa atau adakah mereka terkecuali daripada dosa?

Adakah mereka yang bertanggungjawab akan memohon maaf kepada saya?

“Anda tahu anda siapa”

Suumber:

jika Terlepas: Selepas 3 tahun berkahwin baru wanita ini tahu dia anak angkat