Nikah online : Sembang nak buat RUU355, enakmen syariah sedia ada pun tak dipatuhi

Nikah online : Sembang nak buat RUU355, enakmen syariah sedia ada pun tak dipatuhi.

Macamana mahu perkasa RUU 355 kalau peraturan enakmen Syariah sedia ada pun tak mampu nak patuh??

Sia-sia segala usaha pakar perundangan Islam, para hakim Syarie, peguam Syarie dan mereka yang terlibat berpuluh tahun di peringkat persekutuan dan negeri yang selama ini memperjuangkan hak isteri dan anak-anak yang diabaikan tapi hakikatnya mereka yang berjawatan tidak menunjukkan contoh yang baik apabila ingin berkahwin lagi.

Ada rasional mengapa peraturan dibuat bagi sebarang permohonan nikah. Bukan sekadar untuk perkahwinan kedua ketiga, malah perkahwinan pertama juga ada syaratnya. Siapa wanita itu, isteri orang kah, dalam edah kah, siapa pula lelaki itu.

Mohon berasa malu dengan ratusan pasangan lain ketika PKP yang sanggup menunggu untuk mendapatkan giliran nikah. Ramai!

Ia bukan sekadar kahwin luar negara tak dapat kelulusan, bayar denda dan selesai. Anda telah membuat kesalahan. Ingin berkahwin di luar negara ada prosedurnya.

Apatah lagi jelas pihak berkuasa mengesahkan perkahwinan atas talian tidak dibenarkan. Please walk the talk.

Jangan jadi cerita musang berjanggut, undang-undang dalam poket kita, kita yang boleh ubah ikut suka kata Menteri Nikah Kahwin masa nak mengorat menantu raja.

Dan malangnya, ramai yang mempertahankan tindakan tersebut atas alasan agama. Silakan guna semua dalil yang anda ada. Adakah anda tidak tahu bahawa semua peraturan nikah rujuk dan cerai itu adalah untuk menjaga maqasid shariah?

Kita scrap dan mansuhkan sahaja semua enakmen perkahwinan dan perceraian dan Mahkamah Syariah yang ada jika begini sikap pemimpin Islam kita. Tak perlu ada enakmen dan peraturan pun jika ia tidak dihormati dan dipatuhi.

Penat sebenarnya dengan drama pemimpin tak patuh undang-undang.

Keluhuran Perlembagaan
Dan Kedaulatan Undang-undang.

Sumber :

BACA JUGA : Gempar !!! Asyraf dedah pemimpin Umno mula berubah sikap sejak masuk kerajaan PN