Nikah online di Siam, Timbalan Menteri Pas terus membisu. Wakil rakyat negeri ini yang dirinya dikaitkan dengan kisah ‘tambah’ isteri pada musim pandemik Covid-19 apabila bernikah secara dalam talian baru-baru ini, terus membisu tanpa sebarang komen.
Tiada sebarang penafian atau pengakuan daripada ahli Parlimen yang mempunyai jawatan dalam kerajaan tersebut, biarpun kisahnya hangat diperkatakan selepas tular di media sosial sejak semalam.
Difahamkan setakat ini, beliau tidak menjawab panggilan telefon mana-mana wakil media termasuk Utusan Malaysia yang cuba mendapatkan maklumat lebih sahih daripada mulutnya sendiri.
Malah usaha pemberita menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp terus kepadanya atau di kumpulan WhatsApp media yang turut dianggotai pemimpin itu sejak pagi ini juga belum dibalas mana-mana pihak.
Facebook rasminya bagaimanapun terus aktif hari ini apabila dikemas kini setiap tiga hingga empat jam dengan perkara berkaitan tugasnya sebagai wakil rakyat.
Semalam, tular gambar, video dan dakwaan kononnya wakil rakyat itu sudah berkahwin dengan seorang wanita, sebelum dikecam pelbagai pihak kerana berlaku ketika rakyat sedang bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/yb-tambah-isteri-masih-membisu/