Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya

Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya

Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya selesaikan isu ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Che Abdullah Mat Nawi memohon supaya dia diberikan ruang untuk menyelesaikan isu dakwaan pernikahannya baru-baru ini.

Che Abdullah yang juga ahli parlimen Tumpat dipetik Utusan Online juga meminta supaya semua pihak menghormati privasi keluarganya.

“Sebagaimana yang isu yang tular, saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak.

“Saya mohon semua pihak agar memberi keadilan dan ruang untuk saya selesaikan isu ini dengan baik kerana ia sewajarnya ditanggani secara peribadi dan bukan untuk dipertonton kepada khalayak ramai,” katanya.

Pun begitu Che Abdullah tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan dirinya menikah lagi itu.

Nikah

Jelasnya, isu berkenaan ditularkan seakan-akan mahu mengaibkan maruah diri dan keluarganya.

“Saya dan peguam sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat mengaibkan saya sehingga yang tular dalam media sosial.

“Saya dapat nasihat daripada peguam dilantik dan akan ambil tindakan terhadap pihak terlibat, jadi saya dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut perkara ini,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Che Abdullah turut dilaporkan berkata isu perkahwinan itu tidak mengganggu dirinya untuk terus melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan sebagai timbalan menteri pertaian dan ahli parlimen.

Pada 4 Julai lalu, Astro Awani melaporkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand akan menyiasat dakwaan berlangsungnya majlis akad nikah secara dalam talian dikatakan melibatkan timbalan menteri Perikatan Nasional.

Difahamkan pihak berkuasa agama wilayah selatan negara jiran itu juga memaklumkan akan memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang didakwa menjalankan akad nikah itu.

Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/582020

kalau Anda terlepas: Kecoh bila tangan didakwa terkeluar dari kubur