Nik Amar dakwa Umno punca masalah air di Kelantan

Nik Amar dakwa Umno punca masalah air di Kelantan. Masalah air di Negeri Kelantan perlu diketahui secara adil melalui sejarah mula ia berlaku serta pihak yang menjadi dalang dan bersikap khianat di sebaliknya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Umno perlu sedar bahawa pihak parti itulah yang telah menyebabkan masalah bekalan air negeri Kelantan.

“Ini sejarah semua berlaku masa Umnolah. Jadi sebab itu bila Umno nak cakap hal air ini dia kena ingat sejarah. Jangan nak salahkan kita saja. Bukan kita nak cari excuse, kita dah usaha, dalam masa 30 tahun ni macam-macam cara dah.

“Bila kita (PAS) menang pada tahun itu (1990) Umno telah membatalkan projek bekalan air Kelantan Utara yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat dengan kos RM600 juta,” tempelaknya.

Beliau menjawab demikian kepada media semasa Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama Jalan Tok Guru Pengkalan Chepa, semalam.

Menurutnya, kerana Umno kalah dalam pilihan raya, Kelantan telah dinafikan hak tanpa ada sebarang peruntukan dan bantuan kewangan dan projek telah diluluskan juga dibatalkan serta-merta.

Baca Artikel Penuh