Nik Abduh nafi dirinya positif Covid-19

Oleh MHDAILY

Nik Abduh nafi dirinya positif Covid-19. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman adalah antara ahli parlimen yang positif Covid-19 menjelang persidangan Parlimen Isnin ini, maklum sumber dalaman yang memberitahu Malaysiakini.

Laporan Utusan Malaysia memetik sumber mengatakan bahawa Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz juga positif.

Sumber yang bercakap dengan Malaysiakini juga memaklumkan perkara sama.

Bagaimanapun, Nik Abduh menafikan perkara ini. Dia memberitahu Harian Metro bahawa ada keraguan pada mulanya, namun akhirnya ujian calitan menunjukkan dia negatif.

Baca Artikel Penuh