Nik Abduh muat naik gambar bumi ‘warna biru’ jadi bualan

Nik Abduh muat naik gambar bumi warna biru jadi bualan

Nik Abduh muat naik gambar bumi ‘warna biru’ jadi bualan. Penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduk Aziz mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebook miliknya sembilan jam yang lalu pada Isnin.

Hantaran tersebut mendapat perkongsian sebanyak 139 dan lebih 1,300 komen telah ditinggalkan berkait dengan status berkenaan.

Pada masa yang sama anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut membuat satu hantaran yang menggambarkan perasaannya ketika ini pada dua jam lalu.

Nik Abduh muat naik gambar bumi'warna biru' jadi bualan

“Hati ibarat cermin. Jika ia bersih, kita melihat hakikat. Jika ia berkarat atau berdebu, kita hanya meneka. Kerana hati yang kotor, manusia hanya meneka dunia, bukan melihat hakikatnya. Begitulah kesesatan berlaku,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin tersebar mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas itu tidak tersenarai sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

BACA LAGI:

Kalau dah jodoh…ramai sebak saksi pasangan warga emas kahwin semula lepas 63 tahun bercerai

Kak Lina tak rela tunjuk muka anak walaupun anak dah setahun

Padah pasang plat scuff LED GearUp, owner Alza ni merana kereta rosak

CATEGORIES