Ngeri..pengunjung tergantung terbalik 10 minit selepas roller coster rosak

Oleh MHDAILY

Ngeri..pengunjung tergantung terbalik 10 minit selepas roller coster rosak. Sebuah video tular di media sosial China memaparkan situasi cemas pengunjung sebuah taman hiburan (fun fair) apabila permainan dinaiki mereka tergantung di udara dalam keadaan terbalik, lapor laman berita India Times semalam.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Fuyang, wilayah Anhui itu, permainan dinamakan The Giant Pendulum secara tiba-tiba berhenti ketika berada di titik tertinggi yang menyebabkan pengunjung menaikinya berada dalam keadaan terbalik.

Ia membuatkan mereka terpaksa menanti selama 10 minit dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah, sebelum bantuan tiba.

Baca Artikel Penuh