Ngeri !!! Doktor terpotong kemaluan budak ketika berkhatan

Oleh MHDAILY

Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan putus sebahagian kemaluan ketika berkhatan, kali ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang berkhatan pada 15 Disember lalu.

Difahamkan, kepala kemaluan kanak-kanak itu terputus ketika menjalani prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik Jalan Ipoh di sini.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menyambung kembali kepala kemaluannya, namun selepas seminggu, kemaluan kanak-kanak itu bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan lain kecuali memotongnya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Peguam P Uthayakumar yang mewakili keluarga mangsa, berkata ketika doktor klinik swasta terbabit menjalankan prosedur berkhatan ke atas mangsa, bapanya, Aliakbar Pakeer Mohamad turut berada sekali di bilik rawatan.

Katanya, selepas bius diberikan, doktor menjalankan prosedur berkhatan menggunakan gunting, namun bapa mangsa terkejut apabila nampak kepala kemaluan anaknya terputus dan terjatuh ke atas kain diletakkan di badan mangsa.

“Ketika prosedur dijalankan, doktor cuai terpotong keseluruhan kepala kemaluan yang terlindung pada kulit kemaluan yang dipotong dan cuba menjahitnya semula, namun tidak berjaya dan mengaku dia cuai.

“Klinik terbabit kemudian meminta bantuan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor, namun pusat perubatan itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan,” katanya pada sidang media di perkarangan HKL, hari ini.

Katanya, keluarga mangsa kemudian menghantar anak mereka ke HKL pada petang kejadian bagi menyambung semula kepala kemaluan yang terputus, namun selepas hampir seminggu, kemaluan mangsa bertukar hitam.

Sementara itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat merayu mana-mana pihak membantu anaknya mendapatkan rawatan di luar negara.

“Saya dan isteri memang tertekan dan buntu. Kami berharap pihak HKL dapat mempertimbangkan untuk membantu anak kami mendapatkan rawatan di luar negara yang mempunyai kepakaran dan kaedah perubatan canggih,” katanya.

Pada Selasa lalu, media melaporkan kepala kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpotong ketika prosedur berkhatan berasaskan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama, Kajang.

Selepas prosedur selesai, doktor memberitahu bapa kanak-kanak itu yang dia tidak sengaja terpotong kepala kemaluan anaknya.

Kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan menyambung semula kepala kemaluan mangsa.

Berita penuh : BH