New Zealand naikkan gaji minimum rakyatnya

Oleh MHDAILY

New Zealand dilapor menaikkan gaji minimum kepada NZD 20 (RM 58) sejam, selain turut menaikkan kadar cukai yang dikenakan kepada individu berpendapatan tinggi kepada 39 peratus.

Memetik laporan The Guardian, peraturan baru itu yang bermula hari ini turut menyaksikan kenaikkan manfaat bagi pengangguran dan cuti sakit. Kerajaan New Zealand menjangkakan, peningkatan gaji minuman sebanyak NZD 1.14 per jam itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 175,500 pekerja.

Manakala, peraturan cukai baru akan melibatkan individu yang mempunyai pendapatan tahunan NZD 180,000, iaitu kira-kira 2 peratus warga Nez Zealand, sekaligus akan menyaksikan hasil kerajaan tahun ini akan bertambah sebanyak NZD 550 juta.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Berdasarkan data OECD, gaji minimum per jam yang ditetapkan pada 2019 sudahpun meletakkan Nez Zealand antara 5 negara dengan bayaran tertinggi di dunia.

Seperti negara-negara lain yang berdepan dengan cabaran COVID-19, rata-rata penduduk New Zealand adalah buruh yang menerima gaji minimum, termasukalah yang bertugas di kawasana lapangan terbang dan sempadan yang dianggap sebagai barisan hadapan.

Kesatuan Buruh pada 2020 memnyarankan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum khususnya bagi petugas barisan hadapan.

”Ia amat penting bagi mereka. Sebahagian dari keputusan ini adalah mengenai wang, dan sebahagian lagi adalah simbol penghargaan daripada komuniti atas jasa dan sumbangan mereka,” menurut wakil Kesatuan Buruh.

Perdana Menteri New Zealand, Jecinda Arden, keputusan ini juga merupakan sebahagian daripada janji pilihan raya yang dibuatnya sebelum ini. Bagaimanapun katanya, masih banyak yang perlu dilakukan oleh kerajaan, termasuklah membina lebih banyak rumah untuk rakyat dan menambahbaik sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Berita Penuh :https://siakapkeli.my/2021/04/01/new-zealand-dilaporkan-naikkan-gaji-minimum-rakyatnya-kepada-rm-58-sejam/