New York mula tamatkan pemakaian ‘face mask’, rakyat mula hidup bebas

New York mula tamatkan pemakaian ‘face mask’, rakyat mula hidup bebas. Arahan pemakaian pelitup muka di seluruh New York ditamatkan hari ini.

“Ini yang kami nantikan selepas menunggu selama dua tahun.

“Kita masih belum berjaya sepenuhnya namun berapa di landasan yang betul,” kata Datuk Bandar, Kathy Hochul pada Rabu.

Untuk tempoh dua bulan lalu, pelanggan dan pekerja perlu memakai pelitup muka dan menunjukkan bukti lengkap divaksin di kebanyakan lokasi tertutup.

CBS New York melaporkan, perubahan ini adalah perubahan yang dijanjikan ketika berdepan wabak Covid-19.

“Rakyat New York melakukan tindakan yang betul ketika berdepan dengan penularan musim sejuk.

“Kini kita boleh menamatkan arahan untuk memakai pelitup muka bagi premis tertutup bermula esok.

“Premis tidak dihalang jika masih mahu mengekalkan arahan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Namun, arahan itu masih belum terpakai untuk sesi persekolahan.

BACA JUGA :

Wanita misteri dipeluk anak Shuib, Wan Sharmila tampil buat penjelasan

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

Jepun dikejutkan puluhan kapal perang dunia kedua tiba-tiba timbul di perairannya