Netizen soal ‘Jep pakai legging Sari Yanti ke tu?’

Netizen soal Jep pakai legging Sari Yanti ke tu

Netizen soal ‘Jep pakai legging Sari Yanti ke tu?’. Terdahulu, penyampai radio segmen ‘Pagi Di Sinar’ diberi cabaran untuk catwalk sambil menyarung kostum berdasarkan karakter masing-masing. Difahamkan penilaian akan dibuat oleh tetamu jemputan, iaitu Ramona Zamzam pada pagi ini. Selepas 3 pemenang dipilih, mereka kemudiannya dibenarkan untuk bagi denda kepada yang kalah.

Elizad tampil menawan pakai busana pengantin…Angah & Rahim pula gigih pergi kedai cari kostum ‘rare‘

Pagi ini, konti radio Sinar FM nyata meriah dengan kehadiran penyampai yang ‘all out‘ untuk memenangi hati Ramona Zamzam. Selaku satu-satunya ‘bunga’, Siti Elizad tampil menawan dengan mengenakan persalinan pengantin bertemakan songket. Sementara itu, Angah dan Rahim pula dikatakan gigih mencari kedai yang sediakan kostum superhero dan anggota beruniform masing-masing.

Jep pula hidupkan karakter rockstar…curi tumpuan pakai legging ‘kuda belang’

Sementara itu, Jep Sepahtu pula semangat hidupkan karakter bintang rock sewaktu hadir ke konti pagi tadi. Dia bukan setakat memperagakan jaket kulit dan bandana, malah turut dibawa sebuah beg gitar. Namun apa yang paling curi tumpuan, pelawak ini sangat yakin memakai seluar legging dengan corak seperti ‘kuda belang’.

Netizen soal'Jep pakai legging Sari Yanti ke tu?'

Hati kau keras Jep, legging siapa pakai tu…effect makan bubur cili ke ni

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menyaksikan fesyen yang diperagakan oleh suami kepada Sari Yanti tersebut. Bukan sahaja bertanyakan seluar itu milik siapa, malah mereka turut berseloroh kelucuan Jep semakin menjadi-jadi sejak penangan ‘disuap bubur’ baru-baru ini.

Cabaran Catwalk Kostum Di Konti Radio, Ramai Terbahak Jep Pakai Legging Siapa?

BACA:

Air Asia umum ambil semula pilot, kru kabin yang diberhentikan

Cara Jep jaga aurat Norlia Ghani dipuji

Usaha Jep tak nak sentuh dengan Siti Saleha di live TV jadi perhatian

CATEGORIES