Netizen perasan sesuatu masa sambut birthday Nabila Razali, “kenapa dia ada situ?”

Netizen perasan sesuatu masa sambut birthday Nabila Razali kenapa dia ada situ

Netizen perasan sesuatu masa sambut birthday Nabila Razali, “kenapa dia ada situ?”. Nur Nabila Mohd Razali atau lebih mesra disapa Nabila Razali merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima.

Baru-baru ini, Nabila telah kongsikan satu video di laman sosial tiktoknya dan video tersebut telah menjadi perhatian para peminat apabila mereka perasan seseorang yang turut meraikan hari lahirnya.

“Happy Birthday Nabila Aulia”

@nabila.razaliiHappy Birthday Nabila Aulia 🌷

♬ Akad – Payung Teduh

Menerusi video tersebut, kejutan hari lahir buat Nabila itu diadakan di lokasi penggambaran dan semua kru turut meraikan ulang tahun Nabila yang ke 30 tahun pada 13 November 2022. Pihak kru membawa sebiji kek yang dihiasi dengan lilin ke arah Nabila dan dia tersenyun bahagia dengan kejutan yang diberikan.

“Aedy Ashraf Ke?”

Netizen perasan sesuatu masa sambut birthday Nabila Razali kenapa dia ada situ

Menjengah keruangan komen, ramai peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat Nabila dan ada juga yang perasan akan susvk badan seseorang turut ada dalam video tersebut yang dipercayai pelakon lelaki yang bernama Aedy Ashraf.

AEDY ASHRAF SAYA BUAT APA KAT SITU HAAAAAAAAA?

happy birthday kak bella

aa aedy ashraf ke..da hujung baru perasan

Peminat turut bertanya-tanya adakah penampilan mereka berdua di satu tempat akan ada lagu baharu yang bakal dikeluarkan.

Dia nak keluar lagu cumi cumi 2.0 ke

ada lagu baruuuuu niiii 😂😂😂😂😂 korang lupa ke kita satu malaysia kena prank suatu ketika dahulu?! 🤣

BACA:

Rafizi beri amaran kepada Azam Baki, “tunggu kami menang”

Netizen jatuh hati tengok muka Didie Alias masa muda, cantik sangat ni!

Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah

CATEGORIES