Netizen kecoh bila pembaca berita lelaki pakai cheongsam

Oleh MHDAILY

Gambar seorang pembaca berita lelaki di sebuah stesen televisyen milik kerajaan tular apabila dia dikatakan mengenakan pakaian seakan cheongsam ketika bersiaran pada Tahun Baharu Cina Jumaat lalu.

Tindakan pembaca berita itu, Mohd. Dhihya Sahlan yang mengenakan pakaian tradisi kaum Cina berwarna merah itu turut mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna laman media sosial.

Seorang netizen, Patrick Teoh, menyifatkan, sekiranya gambar itu benar, ia memberi gambaran jurang yang wujud dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Pembaca berita dan stesen televisyen itu tidak sedar yang lelaki itu mengenakan cheongsam,” tulisnya.

Bagi Shahron Lim pula, tindakan pembaca berita itu mengenakan cheongsam perlu dihargai berikutan usahanya ketika menyampaikan berita.

“Terima kasih kerana mencuba walaupun ia mungkin mempunyai kesilapan dalam cara pemakaian,” jelasnya.

Difahamkan, berita itu disiarkan di stesen televisyen kerajaan pada Jumaat petang, di mana pembaca berkenaan menyampaikan berita semasa dari negeri Sabah.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/02/16/netizen-terkejut-pembaca-berita-lelaki-pakai-cheongsam/