Netizen kecam tudung ‘terbang’ lagi, sekali kena sekolah balik dengan isteri Caprice

Netizen kecam tudung terbang lagi sekali kena sekolah balik dengan isteri Caprice

Netizen kecam tudung ‘terbang’ lagi, sekali kena sekolah balik dengan isteri Caprice. Alahai Farra, sengaja mengundang kecaman netizen tau! Dah tahu netizen di Malaysia semuanya pantang disuakan cili terus ditumbuk jadi sambal belacan, awak sengaja cari pasal.

Rasanya baru seminggu lalu, isteri kepada penyanyi rap, Caprice ini dipuji netizen kerana tampil dengan imej berhijab dan menutup aurat.

Ingatkan sudah bertukar imej ke arah muslimah. Tiba-tiba baru-baru ini, Farra kembali menuai perhatian netizen apabila dilihat memuat naik beberapa keping gambar kembali tidak bertudung.

Malah, ketika ditegur tentang imejnya itu oleh seorang netizen, Farra dengan sinis meminta individu tersebut bertenang daripada membuat kecoh. Siap tawar untuk belanja minum kopi lagi.

“Nak tunjuk aurat pada siapa? Sudah ada suami cukuplah. Ini kau nak tambah mata orang tengok kau supaya dapat dosa pula,” tegur seorang netizen.

Netizen kecam tudung 'terbang' lagi, sekali kena sekolah balik dengan isteri Caprice

Tidak berdiam diri, Farra dengan berani membalas kenyataan netizen tersebut supaya bertenang.

“Kecoh-kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Tapi ambil yang sejuk nak sejukkan hati yang panas tu,” komennya.

Fuh! Makan dalam betul. Ramai juga yang mempersoalkan imej Farra itu. Sebabnya rata-rata ingatkan wanita itu sudah berhijab dan akan kekal menutup aurat.

Kasihan pada Caprice. Sebelum ini ramai yang memuji penyanyi itu apabila berkongsi usahanya dalam mendidik isteri supaya menutup aurat.

Hampir setiap hari jugalah dia berkongsi video memaparkan isterinya anggun bertudung dan tanpa henti memujuk untuk terus mengenakan hijab tanpa paksaan.

BACA:

Komen Mike Tyson pasal kematian buat orang ramai tersentak

Tuan pergi kerja, Oyen tolong terima parcel buat netizen teruja

Cinta DSV dan Iqbal kembali berputik, natizen ucap tahniah

CATEGORIES