Netizen kagum tengok OKU tangan buat roti terbang, ‘tangan hancur sebelum nikah’

Netizen kagum tengok OKU tangan buat roti terbang tangan hancur sebelum nikah

Netizen kagum tengok OKU tangan buat roti terbang, ‘tangan hancur sebelum nikah’. BAKAT lelaki ini menebar ‘roti canai terbang’ sememangnya membuatkan rata-rata pengunjung gerai di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam, Melaka, terkesima dan tidak mengelipkan mata.

Malah aksi lincahnya yang turut dikongsikan di laman TikTok turut mengundang pujian netizen yang meluahkan rasa kagum, kerana lelaki ini mampu menebar dan menerbangkan roti canai dengan sebelah tangan sahaja!

Melihat kehebatan penebar roti canai ini, siapa sangka ada tragedi hitam yang berlaku sehingga membuatkan tangan kirinya ‘hilang’.

Berkongsi cerita dengan mStar, Kharil Badri Zainurin berkata dia sebelum ini merupakan seorang lelaki yang cukup sifat dan mencari rezeki dengan bekerja sebagai penebar roti canai sejak berusia 20 tahun.

Namun tragedi yang berlaku pada 15 November 2017 mengubah segala-galanya apabila dia terlibat dalam satu kemal4ngan jalan raya.

Netizen kagum tengok OKU tangan buat roti terbang'tangan hancur sebelum nikah'

“Ketika itu saya menunggang motosikal, dan isteri saya membonceng. Entah macam mana, ada sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba masuk simpang dan kenderaan kami bertembung.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Ketika kejadian saya masih sedar lagi, tapi saya dah rasa tangan kiri macam lembik dan dalam posisi qiam dekat perut. Masa itu pun tak rasa s4kit lagi,” cerita lelaki berusia 34 tahun ini.

Kharil Badri diijabkabulkan dengan pasangannya pada Januari 2018, iaitu dua bulan selepas kemal4ngan.

Menurut Kharil Badri, pihak hospital cuba untuk menyelamatkan tangan kirinya dengan melakukan pembed4han.

“Masa tangan kiri belum dip0tong, saya alami pengalaman yang aneh sepanjang di hospital. Setiap jam saya dengar orang azan, dan tidak lama kemudian ada kumpulan makhluk berpakaian serba putih datang.

“Yang pasti mereka tak sama macam orang biasa. Apabila tanya doktor yang tengah check saya ketika itu, mereka kata tak nampak apa-apa. Lima hari hadap pengalaman m1stik itu, hinggalah akhirnya tangan saya tak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

“Mula-mula ia dipotong paras siku, kemudian dip0tong hingga pangkal bahu. Selepas diptong, makhluk m1steri itu dah tak datang,” kongsinya.

Pasangan bahagia ini dikurniakan sepasang cahaya mata. Tambah Kharil Badri, kemal4ngan itu berlaku seminggu sebelum dia dan pasangannya diijabkabulkan.

Disebabkan kejadian pahit tersebut, majlis pernikahannya terpaksa ditangguhkan dua bulan kemudian.

“Alhamdulillah walaupun hilang sebelah tangan, isteri menerima saya seadanya. Dia juga par4h dalam kemal4ngan tersebut iaitu mengalami keced3raan pada tulang lutut dan paha.

“Disebabkan kemal4ngan tersebut, kami berdua ditakdirkan sama-sama jadi orang kelainan upaya (0KU). Alhamdulillah, kami bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata yang kini berusia lima tahun dan empat tahun,” ceritanya.

Mengakui hati kecilnya berasa sedih mengenangkan nasib yang menimpa diri, namun lelaki ini enggan membiarkan dirinya hanyut dibuai perasaan.

“Sedih tu ada, tapi saya fikir hidup ini hanya pinjaman. Nyawa pun pinjaman apatah lagi anggota badan. Saya ambil masa beberapa bulan juga nak biasakan diri guna sebelah tangan.

“Tapi selepas keluar hospital dan sihat, saya terus ke gerai tempat saya bekerja. Saya dah jadi penebar roti canai selama 14 tahun, kiranya dah sebati dalam diri. Cuma ambil masa sekejap untuk menebar dengan sebelah tangan.

Bersama majikan yan juga pemilik gerai Ujang Asam Pedas Claypot, Amizan Abu Kassim.

“Mula-mula tak dinafikan memang sukar. Tapi lama-lama berlatih jadi bila biasa, ok saja. Apa yang saya boleh kongsikan, jangan pernah jemu berusaha. Selagi berusaha, Tuhan akan bantu. Kalau kita tak berusaha, takkan ada perubahan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu warga maya turut melahirkan rasa kagum dengan kecekalan Kharil Badri berdepan ujian.

“Hati kau kuat bro! semoga dilimpahkan rezeki yang berkat.

komen

Netizen memberikan kata-kata semangat buat Kharil Badri.

“Teruskan berjuang bang, terus kuat demi mencari rezeki di dunia dan bekalan akhirat sana, InshaAllah Allah sayang abang.

“Kagum dengan adik ni, kuat semangat, semoga Allah mewahkan rezeki awak dik.

“Kuatnya semangat… Allahuakbar. Respect sangat-sangat dan semoga terus dilimpahkan seluas-luas rezeki ya,” demikian kata beberapa netizen.

BACA:

Video Coki riba, peluk gadis dalam kereta jadi tular

Selalu pakai baju sedondon, netizen syak ini kekasih Shuib

Kuasa pengampunan tak boleh guna sewenangnya, titah Sultan Selangor

CATEGORIES