Netizen jijik jenama vape buat marketing murahan conteng ‘Kaki Janda’ pada Perodua Aruz

Netizen jijik jenama vape buat marketing murahan conteng Kaki Janda pada Perodua Aruz

Netizen jijik jenama vape buat marketing murahan conteng ‘Kaki Janda’ pada Perodua Aruz. Teknik Pemasaran gerila sering menjadi pilihan pemilik produk kerana kosnya yang tidak tinggi dan mudah untuk viral jika kena gayanya. Namun, ada sesetengah yang memilih untuk menggunakan ‘konten murahan’ bagi melariskan atau memperkenalkan produk mereka kepada umum.

Tular sejak semalam sebuah kereta Perodua Aruz yang diconteng dengan perkataan janda menyusuri jalan di sekitar Bukit Bintang. Dalam satu video yang dirakam, dilihat pemandu Aruz berkenaan marah apabila ada yang merakam keretanya yang penuh dengan contengan itu.

Sekilas pandang netizen sudah boleh menghidu ini tidak lain tidak bukan semestinya marketing untuk menaikkan sesuatu jenama atau produk. Ramalan netizen itu dilihat benar kerana apabila membuat carian untuk logo yang terdapat di sisi kereta tersebut, ia adalah nama satu jenama perasa vape tempatan.

Rata-rata netizen juga berkata tindakan untuk menggunakan status ‘janda’ untuk tujuan marketing adalah sangat tidak sesuai dan ibarat merendahkan individu yang bergelar janda.

Netizen jijik jenama vape buat marketing murahan conteng'Kaki Janda' pada Perodua Aruz

Jika difikir secara logik, tidak mungkin mereka yang ‘kantoi’ bermain kasih dengan janda mahu memandu kereta yang sudah diconteng sebegini rupa di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan orang pelancong dan sibuk di pagi hari.

Dalam artikel yang dikeluarkan Berita Harian sebelum ini, Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur dan Selangor (Witus), Shiella Tukimin, berkata masyarakat perlu lebih cakna kerana tidak semua ibu tunggal berfikiran terbuka, kebanyakan mereka terkesan apabila istilah ‘janda’ sering dijadikan bahan mainan, gurauan dan dipersendakan.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak menggunakan istilah ‘janda’ sebagai umpan atau pelaris perniagaan tanpa mengambil kira sensitiviti wanita khususnya ibu tunggal berusaha keras bangkit dan berdikari bukan sahaja perbuatan mengaibkan tetapi turut mengundang pelbagai implikasi negatif terhadap kesihatan mental.

Netizen sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan teknik pemasaran gerila tetapi isu yang dimainkan seeloknya tidak memberi gambaran buruk kepada sesuatu golongan.

Semoga menjadi pengajaran buat pemilik produk yang lain supaya berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu atau jenama anda mererima kesannya.

Netizen jijik jenama vape buat marketing murahan conteng'Kaki Janda' pada Perodua Aruz

BACA:

Chombi tumbang ketika nak buat persembahan, kelam kabut Harry Khalifah

Muhyiddin jawab skandal RM600 Billion

Kecoh satu dewan tengok Maya Karin kena serang panic attack

CATEGORIES