Netizen jadi gerun tengok keadaan terkini bibir DSV

Oleh MHDAILY

Netizen jadi gerun tengok keadaan terkini bibir DSV. Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sememangnya terkenal dengan gaya memuncungkan bibirnya terutama apabila mempromosikan produk di hadapan kamera. Terbaru, penampilan usahawan berusia 51 tahun itu kembali mencuri tumpuan netizen ketika menghadiri sebuah acara tertutup baru-baru ini.

Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram, ramai pengikut memuji persalinan songket digayakan Vida tetapi lebih tertumpu kepada saiz bibirnya. Menurut segelintir netizen, mereka mendakwa bibir penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu dilihat semakin membesar berbanding bentuk sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, ada individu yang bertanya sekiranya Vida menjalani sebarang prosedur kosmetik bagi mendapatkan bentuk sebegitu. Malah, tidak kurang ada juga memuji penampilannya sewaktu dahulu yang dilihat lebih ayu dan bersifat semula jadi berbanding solekan ditonjolkan pada masa kini.

Baca Artikel Penuh