Netizen hanyutkan ‘pulau’ Selangor hingga ke Itali

Netizen hanyutkan ‘pulau’ Selangor hingga ke Itali

Selepas hampir dua minggu dijadikan ‘pulau’ oleh orang ramai di laman sosial sebelum ini akhirnya negeri Selangor kini berada di Itali selepas dibawa arus.

Gambar menunjukkan ‘Selangor’ di bawa arus sehingga kini terdampar di Itali.

Walaupun perkongsian di laman Facebook Oh My Media itu hanyalah sekadar jenaka, namun pelbagai reaksi telah dititipan orang ramai di ruangan komen.

Sebahagian daripada mereka bersetuju untuk ‘memulaukan’ sementara Selangor daripada Malaysia agar kes Covid turun kerana mereka tidak sanggup lagi hidup dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Covid dah habis ke kat Malaysia? Dengar cerita start esok tak payah pakai mask dah,” kata Tuan Diana.

“Turun kes Covid dari 9k kepada 2k kat malaysia, sebab selangor dah duduk negara lain,” tulis Eyma Evandra New.

Pada masa sama, ada juga yang reda jika Selangor ‘dihanyutkan’ ke mana sahaja kerana mereka mempunyai semua kemudahan seperti komen yang tulis oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aiashikin Abdul Jalil.

“Kalau Selangor hanyut ke Amerika sekali pun kami redha, keluarga semua ada bersama.

“KLIA pun ada, Pelabuhan Klang ada, kilang roti, kilang elektronik, kilang gula makanan, semua lengkap rasanya kami boleh berdikari,” katanya.

Namun begitu, ada juga netizen yang mengecam ‘jenaka’ itu dan menyifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak menjaga sensitiviti penduduk Selangor.

“Saya pelik, kenapa nak asingkan Selangor, walhal dalam selangor tu bukan majoriti orang selangor pun.

“Rakyat dari bermacam negeri kot ada dalam Selangor, bukan setakat negeri, bermacam negara pun ada dalam Selangor ni,” ujar Amirah Auni.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/12/selangor-hanyut-hingga-ke-itali/

BACA JUGA : Panas !!! Annuar Musa dedah gambar Zahid bertemu Saifuddin Nasution