Netizen dedah identiti sebenar ‘Sultan Pemurah’, rupanya..

Netizen dedah identiti sebenar ‘Sultan Pemurah’, rupanya. 3 hari lepas, sesi live influencer terkenal di Tiktok, Ryan Bakery menjadi perhatian ramai apabila menerima hadiah luar biasa daripada seorang pengguna TikTok bernama Sultan Pemurah.

Lebih mencuri tumpuan, lelaki tersebut sempat berkongsikan kegembiraan itu bersama tunangnya selain berniat mengunakan ‘gift singa’ berkenaan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Terbaharu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi telah mengadakan sesi live bersama insan yang menyumbangkan gift besar berkenaan.

Menerusi perkongsian imhaze97 di laman TikTok, influencer itu dilihat berkali-kali mengucapkan terima kasih selain akui teruja selepas kejadian tersebut.

Lebih melucukan, ‘individu misteri’ itu sempat berseloroh telah gunakan kad kredit bapanya untuk memberikan hadiah.

Netizen dedah identiti sebenar 'Sultan Pemurah', rupanya..

Baca Artikel Penuh