Nelayan sanggup lepaskan lobster ada beribu telur dipuji

Nelayan sanggup lepaskan lobster ada beribu telur dipuji

Nelayan sanggup lepaskan lobster ada beribu telur dipuji. Semua sedia maklum bahawa udang kara ataupun lobster merupakan salah satu hidupan laut yang cukup digemari ramai untuk dijadikan sebagai hidangan mereka.

Jika melihat kepada budaya makan di negara kita sendiri, udang kara boleh dimasak dalam pelbagai bentuk juadah seperti lauk masak lemak, dibakar dan sebagainya.

Malah sesuatu hidangan udang kara itu boleh dianggap bertambah menyelerakan jika ratusan telurnya yang masih ‘melekat’ pada badannya turut diratah sekali.

Namun tahukah anda, memakan telur udang kara tanpa kawalan dipercayai boleh menimbulkan risiko gangguan populasi spesies berkenaan, apatah lagi kini dunia berdepan ancaman sumber makanan global.

Justeru bagi mengelakkan risiko ini terjadi, mungkin para nelayan boleh bertindak untuk mengasingkan udang kara yang bertelur dan melepaskannya semula ke lautan bagi menjamin kelangsungan spesies.

Nelayan sanggup lepaskan lobster ada beribu telur dipuji

Demikianlah seperti yang dikongsikan oleh seorang nelayan bernama Jacob Knowles di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Dalam satu video yang dikongsikan, dia berjaya menangkap dua ekor udang kara bersaiz sebesar lengan namun seekor memiliki telur yang agak banyak beranggaran sekitar 30,000 butir, manakala seekor lagi jantan.

Difahamkan, udang kara yang bertelur itu tidak akan diambil, sebaliknya dilepaskan semula ke lautan supaya telur-telur tersebut dapat menetas, sekali gus menjamin populasi spesiesnya dengan mampan (sustainable).

Manakala udang kara jantan itu pula turut dilepaskan kembali ke lautan dipercayai bagi tujuan membiarkannya terus menjadi pembaka kepada udang kara betina yang lain.

Dalam masa yang sama, Jacob turut meninggalkan ‘tanda’ kepada haiwan tersebut dengan memotong sedikit ekornya dengan alat pemotong supaya memudahkan orang mengesan udang kara yang telah dibebaskannya.

Namun satu tindakan mencuit hati yang dilakukan sebelum dia melepaskannya kembali ke dalam laut adalah menyelitkan ikan di bahagian penyepit udang berkenaan yang dikatakan sebagai ‘snack’.

Video tersebut boleh ditonton di bawah.

@jacob__knowles Here are 2 of many things done in Maine to ensure the lobster population is #sustainable #fishing #lobster #ocean #seafood #interesting #didyouknow #education #educate #fy #fyp #lobster #lobsterfishing #lobstertok #gulfofmaine #maine #207 #commercialfishing #🦞 ♬ original sound – Jacob Knowles

Videonya itu telah mendapat sambutan daripada warganet dengan 42 juta tontonan, 4.6 juta tanda suka, 33,000 perkongsian dan 14,100 komentar (setakat artikel ini ditulis).

Sudah jelas, tindakannya melepaskan udang kara berkenaan mendapat komen positif daripada warganet kerana dia ingin menjaga populasi spesies itu supaya tidak terancam.

Berikut adalah beberapa keratan komen menarik daripada warganet.

BACA:

Kini tiba masa Muhyiddin pula turun naik mahkamah, kata Najib

Video sumpah Saiful depan Kaabah tular kembali, ini yang berlaku disebaliknya

Shuk Sahar dilihat bersama wanita di kedai emas

CATEGORIES