Nazri sahkan Ahmad Maslan calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Oleh MHDAILY

Nazri sahkan Ahmad Maslan calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat.Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menamakan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan sebagai calon tunggal untuk jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika dihubungi, mengesahkan pencalonan tersebut.

“Ya, sah. YB Pontian dicalonkan bagi jawatan timbalan speaker,” katanya kepada Malaysiakini.

Kami juga sedang menghubungi Ahmad bagi mendapatkan ulasannya tetapi setakat ini dia tidak menjawap sebarang panggilan.

Ahmad yang juga adalah setiausaha agung Umno sedang dibicarakan kerana pertuduhan pengubahan wang haram dan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM berhubung lebih RM2 juta yang diterimanya dari perdana menteri ketika itu, Najib Razak pada tahun 2013.

Nazri

Najib pada Julai tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Dia sedang mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Jawatan timbalan speaker kosong setelah Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu.

Azalina dilaporkan berkata, dia berharap pengundurannya membolehkan “reset” pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Bahkan, dia juga mengusulkan calon pembangkang mengisi jawatan berkenaan.

Namun, Nazri menolak cadangan tersebut.

“Kerusi timbalan speaker parlimen masih perlu diisi dengan calon kerajaan dengan kita tidak akan sesekali memberi jalan kepada calon pembangkang mengisinya,” katanya yang dipetik oleh Sinar Harian.

Menurut Nazri, adalah difahamkan pembangkang akan mencadangkan ahli parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai calon timbalan speaker.

“Dalam isu ini, pembangkang tidak perlu cakap banyak kononnya kerajaan perlu lebih terbuka menerima calon mereka untuk mengisi jawatan timbalan speaker Parlimen.

“Ini kerana sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH), mereka sendiri pun langsung tidak beri ruang kepada kami sebagai pembangkang ketika itu,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590484

BACA: Gempar !!! Wujud usaha kumpul SD tukar MB Negeri Sembilan?