Nazri cadang jawatan Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang.

Nazri menjelaskan, jika jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini diisi oleh ahli parlimen pembangkang, tidak ada sebab jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak boleh diserahkan kepada pembangkang.

Katanya, jika jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat diserahkan kepada pembangkang, sebarang pindaan bagi membolehkan tiga individu dilantik memegang jawatan tetsebut tidak perlu dilakukan.

Nazri cadang jawatan Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang. – Gambar fail/BERNAMA

“Yang lebih penting jawatan Pengerusi PAC itu pun boleh serahkan kepada pembangkang jadi kenapa jawatan timbalan speaker tidak boleh?

“Pada saya bagi saja lah kepada pembangkang. Kalau takut berat sebelah, masa isu penting Yang di-Pertua boleh minta untuk pengerusikan mesyuarat.

“Jadi saya rasa tak perlu pinda untuk adakan tiga timbalan speaker, bagi saja kepada pembangkang. Itu pendapat peribadi saya,” katanya dalam program temubual Bersemuka yang disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook NRChannel TV.

Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan.

Ekoran kekosongan tersebut kerajaan mencalonkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk jawatan tersebut manakala pembangkang menamakan Ahli Parlimen Teluk Intan,Nga Kor Ming.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/beri-jawatan-timbalan-speaker-kepada-pembangkang-nazri-321480

BACA JUGA : “Kami nak jumpa mak ayah, bukan melancong’, netizen banjiri FB Ismail Sabri

COMMENTS

Wordpress (0)