Nassuruddin Daud terlibat kemalangan nahas di Mesir, patah kaki kanan

Oleh MHDAILY

Nasuruddin Daud terlibat kemalangan nahas di Mesir, patah kaki kanan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Mesir, pagi kelmarin.

Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu patah kaki kanan akibat kemalangan terbabit.

Pegawai Khas EXCO berkenaan, Jamal Najmuddin, ketika mengesahkan kemalangan itu berkata, kejadian berlaku ketika Mohd Nassuruddin bersama bekas ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat, dan seorang pelajar menaiki sebuah kereta sebaik tiba di negara berkenaan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Mereka dalam perjalanan dari lapangan terbang ke tempat penginapan dengan menaiki sebuah kereta.

Nassuruddin Daud terlibat kemalangan nahas di Mesir, patah kaki kanan

“Kemalangan berlaku ketika kenderaan yang dinaiki EXCO cuba mengelak kenderaan lain yang dikatakan berhenti mengejut sebelum berlanggar dengan kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, Mohd Nassuruddin patah kaki kanan dan menerima rawatan di hospital, namun tidak ditahan dalam wad,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Nassuruddin dikatakan ke Mesir bersama rombongan beberapa pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Rombongan berkenaan dijadualkan menghadiri Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan di Timur Tengah 2022 (Spektrum 2022) bermula 14 hingga 16 Ogos.

Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi menyifatkan kejadian itu hanya kemalangan kecil sahaja.

“Ya saya (kemalangan), tetapi sikit saja. Dia (Mohd Nassuruddin) bersama ana (saya) dalam kereta,” katanya.

BACA:

Wow! Cara unik tanam kelapa di Thailand tarik perhatian

Cikgu geleng kepala tengok tulisan jawi β€˜next level’ anak muridnya