Pasti ramai yang belum mengetahui tentang istilah Golden Week di Jepun.
Untuk pengetahuan anda, Golden Week merupakan satu musim percutian yang panjang di negara matahari terbit sekali gus menjadikannya musim paling sibuk bagi industri pelancongan.
Tempoh percutian bermula antara 29 April sehingga 5 Mei di mana empat hari adalah cuti khas untuk penduduknya.
Ia kemudian diikuti oleh cuti hujung minggu serta hari buruh, menjadikannya sebagai percutian berturutan.
Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia yang melancong sambil bekerja di Jepun berkongsi pengalaman hampir ditipu oleh seorang gadis Jepun semasa menikmati hidangan di sebuah restoran.
Spageti dakwat sotong merupakan hidangan kegemaran Mike di Jepun.
Spageti dakwat sotong merupakan hidangan kegemaran Mike di Jepun.
Berbicara tentang pengalamannya, Mike Winchester yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat pengeboran minyak terkemuka berkata, pada masa kejadian itu, dia didekati oleh seorang gadis Jepun yang membawa sehelai akhbar kepadanya.
“Kejadian berlaku pada Sabtu, 27 April semasa musim percutian panjang di Jepun yang dikenali sebagai Golden Week. Gadis Jepun itu memberikan sehelai akhbar kepada saya dan bertanya sama ada saya pernah ke Gunung Fuji atau tidak.
“Dia menawarkan untuk menemani saya ke sana. Ketika dalam perjalanan, dia menyatakan perlu singgah di sebuah kuil untuk melakukan upacara sembahyang sebelum meneruskan perjalanan,” ujarnya memulakan cerita.
Mike, yang sering melancong di sekitar rantau Asia Pasifik atas urusan kerja, mula merasa keanehan selain menyedari kehadiran dua lelaki yang mengikutinya dari restoran.
“Kerana saya merasa pelik dan sedar saya diikuti, saya memberitahu gadis itu bahawa saya mempunyai rakan yang ingin turut serta ke Gunung Fuji. Selepas itu, gadis itu memberitahu saya bahawa dia tidak dapat menunggu dan perlu beredar dengan segera.
“Dua individu yang mengikut juga lenyap selepas gadis itu beredar,” katanya, yang akan berada di Jepun selama satu hingga dua bulan.
Mike, yang sering melakukan perjalanan solo, berkongsi beberapa tip:
Melancong secara tanpa tunai sekiranya boleh. Kebanyakan negara dan tempat pelancongan sudah menerima kad atau e-wallet. Selain lebih selamat kerana tidak membawa banyak tunai, kita juga boleh menjimatkan sedikit dalam pertukaran mata wang.
Melancong ringan. Cuba kurangkan barang yang dibawa, kerana kebanyakan masa kita tidak memerlukan barang-barang tersebut seperti pakaian berlebihan. J
ika perlu, barang boleh dibeli di negara yang dikunjungi. Ruang dalam bagasi boleh diisi dengan cenderahati.
Sentiasa peka dengan situasi sekeliling. Pastikan anda sentiasa berwaspada dengan situasi semasa di sekeliling.
Risiko atau bahaya mungkin akan timbul secara tiba-tiba, seperti kehadiran penipu Jepun. Jangan terlalu leka dengan telefon bimbit semasa di kawasan awam!