Nasib Rosmah ditentukan mahkamah esok, Najib mohon ada di sisi

Oleh MHDAILY

Najib Razak hari ini memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya diberi kelepasan untuk lewat sedikit menghadiri perbicaraannya, esok bagi membolehkan dirinya bersama Rosmah Mansor semasa mahkamah membuat keputusan mengenai kes rasuah tenaga hibrid solar isterinya itu.

Peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara itu semasa perbicaraan kes rasuah membabitkan RM2.28 bilion dana berkaitan 1MDB bekas perdana menteri itu hari ini yang dijadualkan bersambung esok.

Dia memohon kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, akan diberi kebenaran agar kesnya hanya bermula sekitar jam 10 pagi.

Baca Artikel Penuh