NASA berjaya selamatkan bumi dari asteroid, buat live letup guna kapal angkasa

NASA berjaya selamatkan bumi dari asteroid buat live letup guna kapal angkasa

NASA berjaya selamatkan bumi dari asteroid, buat live letup guna kapal angkasa. Kapal angkasa milik NASA berjaya menghentam sebuah asteroid pada malam Isnin dalam usaha menyelamatkan Bumi satu hari nanti, lapor Agensi Anadolu.

Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan kepada dunia ujian pertahanan planet sekiranya Bumi berdepan ancaman pelanggaran asteroid pada masa hadapan.

Pelanggaran dua objek yang disengajakan itu adalah hasil tujuh tahun penelitian, NASA membuat penyelidikan sama ada pertembungan kapal angkasa dengan asteroid secara manual mampu memesongkan trajektorinya bagi mengelakkan bencana kepada Bumi.

“Wah, itu menakjubkan, bukan?” kata ketua saintis DART Nancy Chabot sejurus selepas kapal angkasa itu berjaya menghentam asteroid terbabit.

Misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

NASA berjaya selamatkan bumi dari asteroid, buat live letup guna kapal angkasa

Pada malam Isnin, sebuah kapal angkasa dihantar ke angkasa lepas dan mensasarkan asteroid yang dipanggil Dimorphos iaitu 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi.

Kapal angkasa itu berjaya menghentam asteroid pada kelajuan 15,000 batu sejam (24,140 km sejam) dan kesan kosmik itu berjaya dirakam kamera khas dari probe angkasa Itali.

“Ini adalah demonstrasi teknologi yang sangat sukar melibatkan asteroid kecil, kami tidak pernah lihat kejadian seperti itu sebelum ini, dan melakukannya dengan cara yang begitu hebat,” kata Chabot.

NASA memaklumkan matlamatnya bukan untuk memusnahkan asteroid tetapi untuk melihat sama ada laluan asteroid mampu dipesongkan secara manual supaya tidak menghentam Bumi.

Para saintis merekodkan data daripada kesan rakaman teleskop untuk melihat perbezaan dan kesan terhadap trajektori asteroid.

Menurut NASA, setakat ini tiada asteroid yang diketahui lebih besar daripada 450 kaki (137 meter) mempunyai peluang besar menghentam Bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang.

BACA:

Kumpulan Dolla hanya pakai ‘bra’ buat show, berdarah hidung penonton tengok

Belum pun lancar lagi, TMJ jadi individu pertama cuba game FIFA 2023

Lelaki ni jelajah 91 negara hanya mahu cari tandas awam paling teruk di dunia

CATEGORIES