Nama saya “Lalu Dunia Pun Tersenyum”, adik saya bernama “Semuanya Menjadi Indah”

Oleh MHDAILY

Nama saya “Lalu Dunia Pun Tersenyum”, adik saya bernama “Semuanya Menjadi Indah”.Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.

Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.

Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.

Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.

Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.

Nama saya "Lalu Dunia Pun Tersenyum", adik saya bernama "Semuanya Menjadi Indah"

β€œSaya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.

β€œSaya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.

β€œKalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.

Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.

Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.

β€œSaya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.
TONTON :

BACA:

Kes Bella : TMJ persoal mana ahli politik Malaysia, ada kaitan dengan rumah bonda?

Ibu tak sedar bayinya positif Covid, badan sejuk tak bangun, akhirnya meninggal..