‘Nak scam orang, tiba-tiba diri sendiri pula kena scam!’, Lelaki ‘offer’ gaji puluhan ribu pada scammer

Pada hari ini, kegiatan penipu atau ‘scammer’ yang menyamar sebagai pihak berkuasa dan menakutkan mangsa semakin hari semakin berleluasa.

Modus operandi mereka adalah dengan mengenal pasti mangsa yang rata-ratanya warga emas kerana golongan ini mudah untuk ditipu dan diperdaya.

Namun, sudah ramai rakyat Malaysia yang peka dengan perkara ini ada diantara mangsa mengenakan scammer pula.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

'Nak scam orang, tiba-tiba diri sendiri pula kena scam!', Lelaki 'offer' gaji puluhan ribu pada scammer

Satu video berkenaan seorang lelaki menjawab panggilan seorang wanita scammer yang menjadi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Video yang berdurasi 4.34 saat itu tular, apabila lelaki berkenaan melayan kerenah dan soalan wanita itu sehingga menawarkan pekerjaan dengan gaji puluhan ribu.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam oleh pemiliknya.

Dalam video itu juga, lelaki itu sempat berseloroh dengan bertanyakan adakah wanita itu cantik membuatkan warganet terhibur.

Nak scam orang, tiba-tiba diri sendiri pula kena scam!

BACA: “Laki aku pelik bila aku tolak sentuhan dia dan kerap terperanjat bila disentuh masa baru kahwin, sebenarnya aku ada sorok sesuatu dari pengetahuan suami”