“Nak muntah saya tengok video saya asyik FYP” – Fatin Afeefa

Nak muntah saya tengok video saya asyik FYP Fatin Afeefa

“Nak muntah saya tengok video saya asyik FYP” – Fatin Afeefa. Semenjak berkahwin, setiap posting yang dimuat naik oleh pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang di media sosial berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi laporan Harian Metro, Fatin mengakui sudah mula bosan melihat video sendiri menjadi ‘fyp’ (For Your Page) atau viral di TikTok.

Balik-balik tengok wajah sendiri

Ujar Fatin, dia berharap netizen berhenti merakam dan memuat naik semula ‘live’ yang dibuatnya.

Bagaimana saya hendak cakap pada orang, boleh tak padam video ini kerana saya sendiri yang melihat pun rasa seperti hendak muntah. Post saja video orang lain. Asalkan bukan saya di fyp.

Saya juga sering membuka TikTok, balik-balik tengok wajah sendiri. Bukan apa, yang dimaki nanti saya. Ini kerana saya sendiri jarang ‘live’ di TikTok, namun ada yang merakam video berkenaan dan memuat naik semula.

Sebelum ini, ada seorang individu mendakwa Fatin memilih Aliff sebagai suami hanya kerana kekayaan yang dimiliki. Menafikan spekulasi itu, Fatin berkata, Aliff bukan lelaki kaya yang pertama mendekati dirinya. Jelas Fatin, dia jatuh hati dengan Aliff kerana wajah tampan dan kacak.

BACA JUGA :

Gurun bertukar tanah hijau di Arab Saudi

140 Ketua Bahagian UMNO sepakat tolak jawatan Presiden, timbalan tidak dipertandingkan

Ibu Chef Wan meninggal dunia

CATEGORIES