Nak bunuh ‘lembaga hitam’, lelaki nekad bakar rumah sendiri

Nak bunuh ‘lembaga hitam’, lelaki nekad bakar rumah sendiri. Dua keluarga kini terpaksa berteduh sementara di rumah sewa adik bongsu selepas kediaman mereka musnah akibat dibakar oleh salah seorang ahli keluarga yang didakwa mengalami halusinasi.

Kejadian berlaku di Pekan Tanjung Sedili, di Kota Tinggi, Johor 14 Oktober lalu dipercayai angkara abang sulung mereka yang cuba membunuh “lembaga hitam” dan akhirnya turut mencederakan diri sendiri.

Menurut adiknya, Rafidah Hussin, 46, rumahnya terletak bersebelahan rumah sewa seorang lagi adiknya.

Nak bunuh 'lembaga hitam', lelaki nekad bakar rumah sendiri

Lelaki itu sempat memberitahu ahli keluarga supaya menghubungi bomba sebelum membakar rumah sewa adiknya.(Gambar Bomba)

“Sebelum membakar rumah sewa adik, abang sempat memaklumkan kepada adik supaya menghubungi pihak bomba.

“Kami maklum dia ada ambil barang terlarang, namun dia seorang abang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Sungguhpun begitu, dia keluar bekerja sebagai nelayan kerana menanggung ibu,” katanya menurut laporan Kosmo.

Kata Rafidah, abangnya juga selama ini tidak pernah mengalami kemurungan sehingga dia berkenalan dengan seorang wanita dari Indonesia yang sering meminta wang daripadanya.

Menurutnya lagi, abangnya ada memaklumkan kepada adiknya bahawa dia dalam ketakutan sehinggalah dia bertindak membakar rumah sewa mereka.

“Sebagai adik, saya bukan hendak puji abang tetapi semua orang yang kenal dia mengatakan dia baik kerana masih bekerja dan tidak susahkan orang.

“Dia tidak akan menyusahkan orang lain, bila dia ‘sakit’ dia akan pergi sendiri ke klinik. Jika niatnya untuk membunuh kami dengan membakar rumah tentu awal-awal lagi dia sudah buat,”ujarnya.

BACA JUGA : Panas !!! Lama berdiam diri, akhirnya Hadi buka mulut isu arak TIMAH
Umno capai keputusan muktamad, tolak kerjasama dengan Bersatu