Nak beli rumah ? Lelaki ini ajar cara semak kelayakan ikut tahap gaji korang….

Nak beli rumah ? Lelaki ini ajar cara semak kelayakan ikut tahap gaji korang….

Semakin kita meningkat dewasa, semakin itulah kita mempunyai keinginan untuk memiliki rumah sendiri. Bila sudah bekerjaya, sudah tentu ramai yang menyimpan impian untuk membeli rumah. Namun persoalannya, sama ada kita layak atau tidak untuk membeli rumah?

Bagaimana pula jika ingin menyemak kelayakan untuk beli rumah bagi mendapatkan pinjaman bank dengan jumlah gaji bulanan kita?

Secara asasnya pihak bank akan melihat DSR, CCRIS dan CTOS untuk meluluskan pembiayaan perumahan serta aspek-aspek lain. Seterusnya, bank akan lihat gaji dan pendapatan korang. Jadi, macam mana kira?

Jom kita ikuti perkongsian daripada Harith Faisal ini.

Bank A

Gaji RM3,500 ke bawah, 40% maksimum DSR
Gaji RM3,500 dan ke atas, 70% maksimum DSR

Bank B

Gaji RM2,600 ke bawah, 55% maksimum DSR
Gaji RM2,600 dan ke atas, 75% maksimum DSR

Bank C

Gaji RM3,000 ke bawah, 50% maksimum DSR
Gaji RM3,000 dan keatas, 70% maksimum DSR

Jadi, kalau gaji korang RM3,000 sebulan dan nak beli rumah dengan pembiayaan RM200,000, bank apa yang sesuai untuk korang mohon? Katakan korang ada komitmen kereta RM400 sebulan.

Ansuran bulanan korang nanti adalah sekitar RM1000 dengan tempoh pembiayaan 30 tahun pada kadar 4.5% atau dengan tempoh pembiayaan 35 tahun pada kadar 5%.

Foto: Loanstreet
Bank A

RM3,000 x 40% = RM1,200
RM1,200 – RM400 = RM800

Tak lulus sebab kurang daripada *RM1,000

Bank B

RM3,000 x 75% = RM2,250
RM2,250 – RM400 = RM1,850

Lulus sebab lebih daripada *RM1,000

Bank C

RM3,000 x 70% = RM2,100
RM2,100 – RM400 = RM1,700

Lulus sebab lebih daripada *RM1,000

Jadi, korang tidak perlulah buang masa mohon di Bank A kerana sudah tentu tidak lulus daripada kiraan DSR itu. Pilih bank yang sesuai dengan gaji korang. Fokus pada Bank B dan C sahaja.

Tapi korang kena ingat, untuk Bank B dan C, korang hanya lulus part kiraan DSR sahaja. Kalau tiba-tiba banker nampak bayaran kereta korang tertunggak dan CCRIS pun rabak, habislah.

Rujuk gambar dibawah untuk info lanjut.

Berita Penuh :http://trendingkini.pw/lelaki-ini-ajar-cara-nak-semak-kelayakan-beli-rumah-ikut-tahap-gaji-korang/