Najib tuntut k’jaan PN jelaskan mengapa kes Covid-19 cecah 100 ribu

Oleh MHDAILY

PERIKATAN Nasional (PN) perlu memberikan penjelasan berhubung situasi wabak Covid-19 di negara ini bagi meredakan kebimbangan orang ramai, kata Najib Razak selepas kes Covid-19 mencatat angka 100,000 semalam.

“Diam bukan pilihan. Kerajaan perlu berdepan dan tenangkan orang ramai,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu catatan di Facebook.

Najib berkata bahawa tidak dapat dinafikan bahawa jumlah jangkitan di seluruh negara memberi kesan psikologi yang besar.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya percaya ianya telah mengundang kebimbangan serta kemarahan ramai rakyat.

“Saya juga perhatikan ramai yang kecewa bahawa kerajaan PN seolah-olah membisu apabila angka psikologi ini dicecah semalam,” katanya.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa Putrajaya harus menjelaskan situasi pandemik ketika ini melalui pengumuman khas dan menjelaskan langkah-langkah tambahan yang akan diambil bagi mencegah penularan jangkitan.

Beliau turut menambah bahawa ada keperluan untuk PN menenangkan rakyat agar mereka merasa selamat dan dilindungi.

Kes Covid-19 mencapai angka 100,000 semalam selepas Malaysia melaporkan 1,581 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan mencecah 100,318 kes sementara kes aktif meningkat kepada 18,773.

Setakat ini, terdapat 206 kluster aktif di Malaysia.

Berita penuh : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/291720