Najib senarai kegagalan kerajaan PN urus pandemik
Sangat sedih dan kecewa betul saya melihat rakyat sudah berbulan-bulan dalam kesempitan, kesusahan, ketakutan dan kegelisahan akibat kegagalan bersambung kegagalan kerajaan.
PM berkali-kali jamin tiada lagi PKP menyeluruh atau lockdown. Gagal.
Kerajaan jangka kes Covid akan turun ke dua angka menjelang bulan Mei supaya kita boleh balik kampung raya. Gagal.
Kerajaan kata darurat akan menyelamatkan nyawa dan ekonomi. Sangat gagal.
Kerajaan janji akan prihatin dan bantu Rakyat dalam kesusahan. Lalu Perdana Menteri terpaksa mengaku kerajaan tak ada banyak duit lagi manakala Menteri Kewangan mengaku bantuan sukar untuk ditambah sebab hasil kerajaan jatuh sebab ekonomi teruk dan GST sudah dimansuhkan.
Kerajaan kata kali ini kita akan sangat tegas dan umum Total Lockdown. Gagal juga selepas seminggu sehingga seorang Menteri PN terpaksa mengaku Total Lockdown itu sebenarnya tak Total manakala Menteri kanan paling kanan terpaksa mengaku tempat kerja merupakan penyumbang kluster Covid.
PKP 2.0 sudah gagal setelah PKP 3.0 terpaksa dibuat kurang dua bulan selepas PKP 2.0 berakhir.
PKP 3.0 yang sudah 45 hari lamanya serta Total Lockdown yang nampaknya akan dilanjut buat kali kedua pun masih tak berjaya.
Biarpun dah begitu lama Rakyat dikurung, sebanyak 24 kluster lagi baharu dikesan pada hari ini.
Jumlah kes terkumpul Covid cecah 711,006 hari ini dengan 4,637 kematian (83 nyawa terkorban lagi hari ini).
Tapi yang dibuat kerajaan pula ialah langkah sama yang telah berulang kali gagal.
Lagi gagal, lagi diulangi.
Seolah-olah nyawa manusia dan kesempitan, kesusahan, ketakutan dan kegelisahan Rakyat yang berbulan-bulan lamanya tak bermakna.
Sampai bila kegilaan ini akan tamat?
Sumber: